Khamis, 5 Ogos 2010

KRT F2 TV - Sokongan Kewangan dan Moral mencurah


Susulan kepada kejadian pagi tersebut, en. Abdul Wahid bin Basri, Ahli Majlis MDHS (Majlis Daerah Hulu Selangor) telah melawat rumah tersebut pada malam harinya.

Beliau ditemani oleh YDP Sek Keb Bandar Utama, En. Kamara yang juga warga KRT Fasa 2.

Pengerusi KRT Fasa 2, En. Sabri Kasim yang tidak berkesempatan melawat pada siang hari akibat kerja, telah menyampaikan sumbangan dari kutipan derma kilat yang dilakukan pada petangnya.

Kutipan derma tersebut hanyalah dari sebahagian lorong dalam fasa 2, selebihnya akan dikutip keesokkan harinya.

2 ulasan:

KRT BUKIT DEPU berkata...

Mulia sungguh jiwa nurani kalian yang bersimpati. Kami kagum terhadap keperihatinan Ahli MDHS dan En Kamara. Seharusnya Warga KRT Fasa2 amat berbangga dan sifat sedemikian perlu dikekalkan.

ROSLAN berkata...

itulah yang kami amat harapkan, sebagai satu keluarga yang besar, walau siapa pun dia, bukan hanya bersuka ria bersama, tapi bersama sama merasai kesusahan