Selasa, 9 Disember 2008

Rombongan Takbir Raya Aidil Adha 2008

Ini adalah kali pertama KRT F-2 mengadakan rombongan takbir raya rumah ke rumah. Atas permintaan yang ramai setelah percubaan untuk mengadakan takbir raya pada Aidil Fitri yang lalu di rumah AJK KRT F-2 sahaja.

Satu mesyuarat telah dipersetujui dalam membincangkan majlis korban yang berjaya mengumpulkan seramai 21 peserta berbanding 14 peserta pada tahun lepas. Bermakna pada tahun ini jumlah lembu dikorbankan telah meningkat dari 2 kepada 3 ekor.

Acara dimulakan dengan rombongan takbir dilakukan pada malam hari raya di 2 lorong, lorong 3 dan lorong 3A/19, yang menariknya kali ini adalah inilah kali pertama dimana penduduk fasa 2 tidak lagi berpecah kepada 2 kumpulan untuk menghantar takbir rumah ke rumah, hasilnya, rombongan menjadi bertambah ramai, berpeluang untuk menghantar takbir rumah yang belum dimasuki.

Peserta yang mengikuti rombongan kelihatan gembira dengan perubahan ini dan telah bersama sama dari mengikuti program hingga ke rumah terakhir yang berakhir pada jam 12.30 malam.

Keesokkannya, dalam hujan gerimis sesekali lebat, acara korban dilakukan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Dijangka kehadiran orang ramai dalam acara pada tahun ini lebih meriah dari tahun lepas, dengan diselang selikan dengan guruan senda dari rakan rakan yang menggamatkan keadaan.

Pengagihan telah selesai dilakukan pada 1.30 petang dalam hujan yang masih turun, Namun semangat gotong royong yang ditunjukkan oleh penduduk fasa 2 tidak mengendahkan keadaan cuaca yang merumitkan kerja. Kaum Ibu juga turut memberi sumbangan dengan menyediakan pelbagai hidangan pagi untuk pekerja.

Pada malamnya, diteruskan dengan rombongan takbir ke2 di lorong 3A/14, 3A/18, 3A/15 dan 3A/16. Yang uniknya takbir malam tersebut adalah semangat gotong royong yang ditunjukkan oleh seramai 8 jiran tetangga yang berkongsi tulang tulang lembu yang didapati siang tadi, direbus dan disajikan dengan meehoon. Ini dapat mengurangkan kos penyediaan serta dapat lebih mengeratkan silaturahim antara jiran tetangga. Rumah penulis dijadikan tempat sajian makanan dengan 7 rumah lain hanya dihantar takbir. Cara ini dapat menjimatkan masa bergerak dari rumah ke rumah serta para peserta rombongan dapat berhenti rehat yang agak lama untuk menikmati juadah.

Acara takbir untuk hari ke 2 telah berakhir pada jam 12.30 malam, dengan harapan dari semua yang terlibat agar acara ini dapat diteruskan pada hari raya yang akan datang. Program ini dikira berjaya merapatkan silaturahim antara jiran tetangga di kawasan F2 yang mana didapati sebelum ini perpecahan penduduk berlainan parti politik dengan fahaman dapat disatukan dalam program yang dijayakan oleh KRT-F2 ini.

Rakaman Video yang membabitkan rombongan takbir pada hari ke2 dirumah penulis untuk tontonan.