Khamis, 13 Januari 2011

KRT F2 TV- Pengadilan Persembahan Poster COMBI


Inilah video yang dirakamkan oleh salah seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Hulu Selangor semasa poster COMBI KRT F2 diadili.

Tak terbayang seram sejuknya aku hari tu.... lebih 7 kali aku pergi toilet terkucil.. hehehehe...

Apa pun semua dah tau kan.. keputusannya, COMBI KRT F2 johan dan akan mewakili Selangor di Peringkat Nasional nanti... TUNGGU....


Ahad, 9 Januari 2011

KRT F2 TV- Majlis Pengagihan Daging Korban 2010


Ehmm... maaf le lewat upload video majlis tersebut yang diadakan pada pagi Hari Raya Korban yang lalu.

Ramai yang telah menyingsing lengan turut membantu melapah dan memotong daging korban untuk diagihkan kepada penduduk serta penduduk fakir dan miskin disekitar kawasan Fasa 2 Bandar Utama Batang Kali.

Malamnya, daging yang lebih setelah diagihkan kepada tuan punya, fakir miskin serta sukarelawan, dimasak dan dijamu .

KRT F2 TV- Semangat Bola 1 Malaysia!


Perggghhh!!! meriah betul malam tersebut.

Malam perlawanan bolasepak piala AFF SUZUKI akhir pertama dan kedua di antara Malaysia dan Indonesia yang telah dipanaskan lagi dengan tersedianya layar besar diletakkan ditengah jalan Meranti 3A/19 Bandar Utama, Batang Kali.

Berbanding dengan malam pertama, malam kedua semasa pasukan kita bertandang ke Jakarta lebih meriah. 3x ganda.

Beratus penduduk memenuhi jalan tak kira kanak kanak, orang dewasa malah orang rumah pun tak ketinggalan meriahkan lagi malam tersebut.

Semasa waktu rehat perlawanan, kesempatan diambil oleh pihak KRT F2 selaku penganjur, memberi taklimat ringkas tentang pentingnya melakukan cari, cuci dan buang tempat pembiakan nyamuk aedes serta mempamirkan poster yang telah memenangi tempat pertama semasa konvensyen COMBI peringkat negeri Selangor baru baru ini.

Ditayangkan juga video gotong royong yang telah diadakan seminggu sebelum itu. Seronok juga melihat gelagat orang ramai bila wajah mereka keluar diskrin disambut senda gurau kawan kawan yang lain.

Yang paling best, bubur kacang disediakan sumbangan AJK KRT F2, Che Ani. Terima kasih banyak banyak.

Apa yang boleh dikatakan, sukan sebenarnya dapat merapatkan silaturahim antara penduduk serta mewujudkan perpaduan antara jiran tetangga.

Semangat 1 Malaysia terpancar diwajah penduduk dengan semangat yang ditunjukkan ketika perlawanan tersebut.

Tahniah Malaysia! TANAH TUMPAHNYA DARAHKU !!!!!

KRT F2 TV- Memasak Bubur Asyura


Satu gotong royong memasak bubur asyura telah diadakan di jalan Meranti 3A/19 Bandar Utama Batang Kali Hulu Selangor anjuran KRT Fasa 2.

Dua kawah disediakan untuk tujuan tersebut dan dibantu oleh Jiran Warga Emas, Jiran Muda serta Jiran Wanita.

Setelah selesai, bubur tersebut diagih agihkan kepada seluruh rumah di kawasan KRT F2. dan malamnya diadakan majlis ceramah agama.


KRT F2 TV- Gotong Royong Perdana 26 Dis 2010


KRT F2 telah berjaya menganjurkan gotong royong perdana buat kali kedua dalam tahun 2010.

Fokus utama gotong royong adalah untuk mencari, mencuci dan membuang tempat tempat pembiakan nyamuk aedes yang menjadi punca penyakit denggi.

Walaupun jumlah kes denggi telah menurun dari 27 kes tahun 2008, 4 kes 2009 dan tahun 2010 cuma 3 kes, kelansungan perlu diteruskan bagi menjamin tiada lagi kes kes sebegini dalam tahun 2011.

Kerjasama dari Pihak Jabatan Kesihatan Hulu Selangor telah banyak membantu menjayakan program ini disamping mendapat perhatian dari ADUN Batang Kali dan Ahli Parlimen Hulu Selangor.

Fokus gotong royong kali ini tertumpu kepada bahagian lorong belakang rumah, yang sebelum ini tidak sempat dilakukan pada gotong royong pertama dalam tahun 2010.

Jiran Wanita terus membuktikan komitmen yang tinggi dalam menyediakan makanan tengahhari kepada sukarelawan yang terlibat.

Semoga, Aktiviti Skuad Lelaki pasukan Combi KRT F2 ini dalam membenteras tempat pembiakan nyamuk di kawasan luar rumah dapat diteruskan oleh para penduduk dengan melakukan akitiviti cari, cuci, selama 10 minit sahaja setiap minggu.