Alhamdullillah...
Segalanya berjalan dengan lancar...
"Selama aku duduk kat sini, tak pernah sekali pun kejiranan di sini buat sukaneka seperti ini" respon Che'Ani dengan penuh bersemangat.
"Hebat! sambutan luar biasa!" ujar Cikgu Yahya
Begitulah antara jawapan jika bertanyakan tentang sukaneka yang telah berlangsung pada 21 Jun 2009 bertempat di padang awam fasa 1 & 2 lepas.
Sehinggakan kami dikejutkan oleh kehadiran YB Mohd Isa, ADUN Batang Kali pada waktu rehat pukul 2.15 petang.
"Pagi tadi saya menghadiri program di Taman Seri Batang Kali, Saya terdengar bunyi riuh rendah, saya bertanya kepada penganjur, mereka berkata ada sukaneka di padang Fasa 1 & 2 Bandar Utama" kata YB Mohd Isa.
"Saya di sana terasa teruja dengan semangat luar biasa penduduk KRT F2 sehingga saya mengambil keputusan untuk menghadiri majlis ini lebih awal dari biasa" ujarnya lagi.
Memang apa yang dirancang sukar untuk di lakukan. Aktiviti yang sepatutnya berehat pukul 1 tengahhari telah dilanjutkan kepada 2 petang.
Antara yang melewatkan program itu termasuklah kemasukan acara tarik tali wanita yang sebelum ini tidak dirancang.
Sambutan amat menggalakkan bila bilangan pasukan wanita yang terlibat melebihi pasukan lelaki.
Aktiviti yang bermula jam 8.00 pagi mula terasa bahang bila hampir 300 orang menyerbu ke kaunter pendaftaran untuk mendapatkan borang cabutan bertuah.
Peserta kemdiannya memanaskan badan dengan acara tarian poco poco beramai ramai sebelum mereka melengkapkan borang cabutan bertuah dengan acara ala ala "tresure hunt".
Terdapat 10 gerai turut memeriahkan pesta tersebut dan diantaranya gerai Score A, ASM Investment Services Berhad, Kelas memandu PS Samy yang juga turut menyumbangkan hadiah cabutan bertuah.
Kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada syarikat syarikat yang telah menjayakan program ini. Tanpa penglibatan mereka, program ini tidak dapat diadakan.
Antara penyumbang adalah:
Score A
ASM Investment Services Berhad
PS Samy Driving School
Zaharef Enterprise(Kurnia Insuran)
Restoran Alang Maju
Faizrul Enterprise (Public Mutual)
True Mineral Water
Shell Batang Kali
3 minggu sebelum berlangsung, kami hampir hampir membatalkan program ini akibat duit tabung hanya berjumlah RM500 dari lebih RM10,000 yang diperlukan.
Atas semangat semua AJK terlibat, sehingga terpaksa semua AJK mengeluarkan wang sendiri untuk menjayakan membuktikan komitmen mereka terhadap masyarakat KRT F2 amat tinggi.
Acara tarik tali agak mencemaskan bilamana 4 wanita dan 1 lelaki, pengsan ketika mengambil bahagian.
Tahniah warga KRT F2... kami berbangga dengan anda!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan