Khamis, 18 Jun 2009

Sessi Dialog KRT F2 dengan Majlis Daerah Hulu Selangor





oleh: Roslan, Timb. Pengerusi KRT F2

Pagi 14hb Jun, saya mengajak pengerusi KRT F2, Sabri Kassim untuk pergi berjumpa YDP di Sessi Dialog bersama pelanggan yang diadakan di Dewan Serbaguna Batang Kali.

Tujuan utama adalah untuk menyerahkan surat jemputan ke Majlis Hari Keluarga, Sukaneka dan Anugerah Kecermelangan yang bakal berlangsung pada 21hb Jun nanti.

Sabri terus setuju tanpa mengetahui lokasi Sessi Dialog itu berlansung.

Sambil memandu, puas saya menerangkan Dewan dimaksudkan.

Memandangkan nama dewan tersebut sukar diingati, (maaf, sampaikan sekarang pun tak ingat) Sabri bermati matian berfikir dewan yang dimaksudkan terletak di Kuala Kubu Bharu

Sesampai sahaja didewan, sambil ketawa Sabri berkata," dekat jek... ingatkan kat Kuala Kubu.."

Dua borang aduan diambil ketika pendaftaran, seterusnya memasuki dewan yang ketika itu sessi dialog telahpun bermula

Mengambil kesempatan yang ada, setelah meminjam pen dari peserta lain, (memang kami tak buat apa apa persiapan, sehelai sepinggang jek) saya meluncur laju menulis masalah yang dihadapi oleh warga KRT F2 di dalam borang yang disediakan.

Antara masalah yang diadukan adalah:

  1. Masalah Tiang Gol di Padang Awam Fasa 1 & 2 telah roboh dan membahayakan kanak kanak yang bermain dipadang tersebut.

  2. Masalah Padang yang tidak rata

  3. Cadangan untuk tar jalan tanah merah yang bersambung dengan tanah perkuburan , dimana keadaan tanah perkuburan yang berbukit mengalirkan lumpur tanah merah ketika hujan dan banjir lumpur berlaku di Jalan Meranti 3A/18 dan Jalan Meranti 3A/14

  4. Masalah longkang di belakang rumah Jalan Meranti 3A/15 yang tidak betul, mengakibatkan air banjir sering memasuki rumah (Rumah Setiausaha KRT F2 juga terlibat) setiap kali hujan lebat.

  5. Cadangan pembinaan bonggol jalan di Jalan Meranti 3A/15 untuk memperlahankan kenderaan demi keselamatan anak anak kecil disepanjang jalan tersebut serta anak anak yang pergi ke Tabika KEMAS yang berhampiran.

  6. Cadangan kepada pihak Majlis serta Pegawai Daerah untuk memberikan sebidang tanah untuk tujuan pembinaan pusat KRT F2

  7. Cadangan mengizinkan tapak untuk pembinaan gelanggang futsal untuk kemudahan warga KRT F2 khususnya serta seluruh warga Bandar Utama Batang Kali amnya.

2 Hari kemudian, saya telah menerima surat pengesahan aduan dari MDHS dan surat tindakan aduan pula terhadap aduan bonggol jalan.

Pihak KRT F2 akan menyusul surat persetujuan untuk pembinaan bonggol jalan kepada pihak MDHS dalam masa terdekat.

Keesokkannya, seorang pegawai dari MDHS telah bertemu dengan saya meninjau aduan terhadap sistem aliran longkang di jalan Meranti 3A/15

En Abdul Rahman (gambar) berjanji akan membawa permasalahan ini kepada Jabatan Infra untuk tindakan lanjut.

Kami berterima kasih atas keperihatinan pihak MDHS atas penyelesaian masalah yang telah dikemukaan.

Tiada ulasan: