Selasa, 30 Jun 2009

Tujuan Sukaneka KRT F2 Tercapai




Alhamdullillah...

Segalanya berjalan dengan lancar...

"Selama aku duduk kat sini, tak pernah sekali pun kejiranan di sini buat sukaneka seperti ini" respon Che'Ani dengan penuh bersemangat.

"Hebat! sambutan luar biasa!" ujar Cikgu Yahya

Begitulah antara jawapan jika bertanyakan tentang sukaneka yang telah berlangsung pada 21 Jun 2009 bertempat di padang awam fasa 1 & 2 lepas.

Sehinggakan kami dikejutkan oleh kehadiran YB Mohd Isa, ADUN Batang Kali pada waktu rehat pukul 2.15 petang.

"Pagi tadi saya menghadiri program di Taman Seri Batang Kali, Saya terdengar bunyi riuh rendah, saya bertanya kepada penganjur, mereka berkata ada sukaneka di padang Fasa 1 & 2 Bandar Utama" kata YB Mohd Isa.

"Saya di sana terasa teruja dengan semangat luar biasa penduduk KRT F2 sehingga saya mengambil keputusan untuk menghadiri majlis ini lebih awal dari biasa" ujarnya lagi.

Memang apa yang dirancang sukar untuk di lakukan. Aktiviti yang sepatutnya berehat pukul 1 tengahhari telah dilanjutkan kepada 2 petang.

Antara yang melewatkan program itu termasuklah kemasukan acara tarik tali wanita yang sebelum ini tidak dirancang.

Sambutan amat menggalakkan bila bilangan pasukan wanita yang terlibat melebihi pasukan lelaki.

Aktiviti yang bermula jam 8.00 pagi mula terasa bahang bila hampir 300 orang menyerbu ke kaunter pendaftaran untuk mendapatkan borang cabutan bertuah.

Peserta kemdiannya memanaskan badan dengan acara tarian poco poco beramai ramai sebelum mereka melengkapkan borang cabutan bertuah dengan acara ala ala "tresure hunt".

Terdapat 10 gerai turut memeriahkan pesta tersebut dan diantaranya gerai Score A, ASM Investment Services Berhad, Kelas memandu PS Samy yang juga turut menyumbangkan hadiah cabutan bertuah.

Kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada syarikat syarikat yang telah menjayakan program ini. Tanpa penglibatan mereka, program ini tidak dapat diadakan.

Antara penyumbang adalah:

Score A
ASM Investment Services Berhad
PS Samy Driving School
Zaharef Enterprise(Kurnia Insuran)
Restoran Alang Maju
Faizrul Enterprise (Public Mutual)
True Mineral Water
Shell Batang Kali

3 minggu sebelum berlangsung, kami hampir hampir membatalkan program ini akibat duit tabung hanya berjumlah RM500 dari lebih RM10,000 yang diperlukan.

Atas semangat semua AJK terlibat, sehingga terpaksa semua AJK mengeluarkan wang sendiri untuk menjayakan membuktikan komitmen mereka terhadap masyarakat KRT F2 amat tinggi.

Acara tarik tali agak mencemaskan bilamana 4 wanita dan 1 lelaki, pengsan ketika mengambil bahagian.
Tahniah warga KRT F2... kami berbangga dengan anda!!

Ahad, 28 Jun 2009

Pelan Tindakan RT dikaji Semula: Berita Harian

28 Jun 2009 Berita Harian Online

BUTTERWORTH: Kerajaan sedang mengkaji semula pelan tindakan lima tahun skim Rukun Tetangga (RT) bagi memperkasakan peranannya dalam usaha memupuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata kajian semula pelan sedia ada bagi tempoh 2006-2010 itu akan menjadi asas kepada pembentukan pelan baru untuk tempoh 2011-2015.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Minggu Perpaduan 2009 peringkat negeri Pulau Pinang di sini, beliau berkata tiga agenda penting akan menjadi tumpuan dalam pelan baru itu iaitu mengukuhkan perpaduan kaum, meningkatkan jaminan keselamatan dan memperbaiki kualiti hidup rakyat.

"Menyedari bahawa peranan RT sebagai pusat kepada segala aktiviti kemasyarakatan, kita berhasrat menjadikan institusi itu sebagai penghubung utama kepada segala bentuk aktiviti yang boleh memupuk perpaduan dan keharmonian kaum," katanya.

Katanya, terdapat 4,227 unit RT di negara ini dan lebih 80 peratus daripadanya bergerak aktif mempromosikan semangat perpaduan, kejiranan dan permuafakatan menerusi aktiviti ekonomi, kemasyarakatan, agama dan sebagainya.

Khamis, 18 Jun 2009

Bila dah gambar masuk suratkhabar....

oleh: Roslan, Timb. Pengerusi, KRT F2
Kecoh satu taman!!!

Tiada apa yang lebih menyeronokkan bila selak suratkhabar terpampang muka kita didada akhbar... bangga beb!

Begitulah halnya bila gambar pemain kejohanan bolatampar KRT F2 yang berlangsung baru baru ini diterbit kan dalam Sinar Harian.

Wajah wajah kecerian para peserta jelas terpancar walaupun tengah panas terik.

Tapi kalau tengok betul betul... ada pemain wanita???? mana datang nih?

Pengerusi, Sabri, terpaksa membawa ke hulu ke hilir sisipan akhbar tersebut akibat ramai penduduk ingin melihat wajah mereka.

"Aku nak besarkan gambar nih kat kedai, kemudian framekan pada pusat KRT kita nanti.." ujar En. Sabri respon dari cadangan dari para penduduk.

Kat mana muka aku? tengok betul betul ... kepala jek yang nampak atas kain banner perkataan "PERLAWANAN" bercermin mata gelap... ceh! kecik tul... ada gak yang nampak topi jek.. lagi haru...

Sessi Dialog KRT F2 dengan Majlis Daerah Hulu Selangor





oleh: Roslan, Timb. Pengerusi KRT F2

Pagi 14hb Jun, saya mengajak pengerusi KRT F2, Sabri Kassim untuk pergi berjumpa YDP di Sessi Dialog bersama pelanggan yang diadakan di Dewan Serbaguna Batang Kali.

Tujuan utama adalah untuk menyerahkan surat jemputan ke Majlis Hari Keluarga, Sukaneka dan Anugerah Kecermelangan yang bakal berlangsung pada 21hb Jun nanti.

Sabri terus setuju tanpa mengetahui lokasi Sessi Dialog itu berlansung.

Sambil memandu, puas saya menerangkan Dewan dimaksudkan.

Memandangkan nama dewan tersebut sukar diingati, (maaf, sampaikan sekarang pun tak ingat) Sabri bermati matian berfikir dewan yang dimaksudkan terletak di Kuala Kubu Bharu

Sesampai sahaja didewan, sambil ketawa Sabri berkata," dekat jek... ingatkan kat Kuala Kubu.."

Dua borang aduan diambil ketika pendaftaran, seterusnya memasuki dewan yang ketika itu sessi dialog telahpun bermula

Mengambil kesempatan yang ada, setelah meminjam pen dari peserta lain, (memang kami tak buat apa apa persiapan, sehelai sepinggang jek) saya meluncur laju menulis masalah yang dihadapi oleh warga KRT F2 di dalam borang yang disediakan.

Antara masalah yang diadukan adalah:

  1. Masalah Tiang Gol di Padang Awam Fasa 1 & 2 telah roboh dan membahayakan kanak kanak yang bermain dipadang tersebut.

  2. Masalah Padang yang tidak rata

  3. Cadangan untuk tar jalan tanah merah yang bersambung dengan tanah perkuburan , dimana keadaan tanah perkuburan yang berbukit mengalirkan lumpur tanah merah ketika hujan dan banjir lumpur berlaku di Jalan Meranti 3A/18 dan Jalan Meranti 3A/14

  4. Masalah longkang di belakang rumah Jalan Meranti 3A/15 yang tidak betul, mengakibatkan air banjir sering memasuki rumah (Rumah Setiausaha KRT F2 juga terlibat) setiap kali hujan lebat.

  5. Cadangan pembinaan bonggol jalan di Jalan Meranti 3A/15 untuk memperlahankan kenderaan demi keselamatan anak anak kecil disepanjang jalan tersebut serta anak anak yang pergi ke Tabika KEMAS yang berhampiran.

  6. Cadangan kepada pihak Majlis serta Pegawai Daerah untuk memberikan sebidang tanah untuk tujuan pembinaan pusat KRT F2

  7. Cadangan mengizinkan tapak untuk pembinaan gelanggang futsal untuk kemudahan warga KRT F2 khususnya serta seluruh warga Bandar Utama Batang Kali amnya.

2 Hari kemudian, saya telah menerima surat pengesahan aduan dari MDHS dan surat tindakan aduan pula terhadap aduan bonggol jalan.

Pihak KRT F2 akan menyusul surat persetujuan untuk pembinaan bonggol jalan kepada pihak MDHS dalam masa terdekat.

Keesokkannya, seorang pegawai dari MDHS telah bertemu dengan saya meninjau aduan terhadap sistem aliran longkang di jalan Meranti 3A/15

En Abdul Rahman (gambar) berjanji akan membawa permasalahan ini kepada Jabatan Infra untuk tindakan lanjut.

Kami berterima kasih atas keperihatinan pihak MDHS atas penyelesaian masalah yang telah dikemukaan.

20 Jiran Muda KRT F2 sertai CITRA IKBN SIRI 3


Cuti Sekolah selama 2 minggu dimanfaatkan oleh 20 orang Jiran Muda dari KRT F2 dengan mengisi pelbagai pengalaman manis di Kem Janda Baik.
Citra IKBN Siri 3 yang berlansung dari 10 - 14 Jun 2009, telah dipinda dari tempat asal cadangan iaitu di Kem di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat ke Janda Baik pada saat saat akhir.
Walau dimana sekalipun, semangat yang ditunjukkan oleh para peserta dari KRT F2 membara sehingga ada dikalangan mereka telahpun setia menunggu 1 Jam lebih awal untuk menaiki bas sewa yang disediakan.

Rabu, 10 Jun 2009

Pertandingan Bola Tampar dapat liputan Akhar Sinar Harian!!


Klik pada imej untuk membaca artikel tersebut yang disiarkan di akhbar Sinar Harian Bahagian Berita Hulu Selangor pada 9 Jun 09


Terima Kasih kepada Amrullah, skuad cakna Sinar Harian.

Isnin, 8 Jun 2009

Pertandingan Bola Tampar KRT F2 sempena Hari Keluarga 21 Jun 2009











Oleh: Roslan Rahmat, Timb.Pengerusi KRT Fasa 2, Bandar Utama, Batang Kali, Selangor.


Satu Pertandingan Bola Tampar anjuran KRT F2 telah diadakan pada 6 Jun 2009 sempena Hari Keluarga dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar KRT F2 yang akan berlangsung pada 21 Jun 2009 kelak.

Sabri bin Kassim, Pengerusi KRT F2 berkata," Alhamdullillah, sambutan diberikan amat menggalakkan, sehingga terpaksa semua pasukan mempunyai ramai pemain simpanan dan sering bertukar pemain untuk memberi peluang mereka beraksi di gelanggang."

"Malah, ramai mengesyorkan agar permainan ini diteruskan setiap minggu. Mungkin mereka amat teruja dengan kemeriahan perlawanan ini." ujarnya lagi.

Yang menarik, pelbagai peringkat umur menyertai pertandingan ini dari 15 sehinggalah 61 tahun.

"Saya tak peduli kalah menang, yang penting dapat memupukkan semangat kejiranan sesama kita dan dalam masa yang sama dapat melakukan aktiviti yang sama antara golongan muda dan berusia seperti saya." kata Nadzri Aziz, 61, peserta paling berumur (gambar)

"Aktiviti sihat ini patut diteruskan, selain boleh merapatkan jurang golongan muda dan tua, kami berjaya mencipta aktiviti alternatif kepada golongan muda yang suka merempit, yang paling penting kami dapat mengenali jiran yang sebelum ini belum dikenali." ujar Nadzri, yang sering bersenam berbasikal sejauh 10km setiap pagi dengan penuh semangat.

Agak mengejutkan pasukan beliau telah berjaya ke peringkat separuh akhir. Sokongan padu dari berpuluh penonton wanita di tepi padang untuk pasukan GOJI yang terdiri dari Pengerusi sendiri, Timb. Pengerusi, Ketua Biro Sukan dan Rekreasi hanya mampu memberi tentangan 5 minit pertama seterusnya dibelasah teruk oleh pasukan lawan.

Secara seloroh, pasukan memberi alasan cepat letih bermain diwaktu matahari panas terik, dan minta disambung pada waktu malam.

Perlawanan berlangsung dari pukul 8 pagi sehingga 7 petang.

Jiran Wanita telah berganding bahu menyediakan makanan mee hoon goreng dan nasi lemak untuk para pemain.

"Lepas main keluar peluh, dapat makan free lagi, tak sempat nak pecah lemak, tambah berlemak badan aku..." seloroh Fuaad Isa, ketua Biro Sukan dan Rekreasi sambil menyuap nasi lemak dengan penuh selera.

Pertandingan bermula dengan nyanyian lagu NegaraKu, bacaan doa serta amanat ringkas dari Pengerusi KRT F2. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh YB Mohd Isa, ADUN Batang Kali dan Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Selangor dijangka hadir.

Terdapat 7 Pasukan telah terlibat dalam pertandingan ini mewakili 7 jalan di Kawasan Rukun Tetangga Fasa 2.

Kemeriahan telah bermula dari malam sebelum pertandingan dimana pasukan yang bertanding berkumpul di balairaya Fasa 1& 2 untuk pengundian.

Perlbagai gelaran diberikan untuk setiap pasukan untuk menaikkan semangat para pemain. Antara nama pasukan seperti Semboyan team, Champion Maa.., Kacang je.., Goji, URC 19, Jawa Ranggers. Perlawanan diadakan secara liga.

Pasukan Champion Maa,, menjuarai pertandingan mengalahkan pasukan Jawa Rangers dengan keputusan 21-18, 21-18

End.

Rabu, 3 Jun 2009

Gotong Royong kenduri walimatulurus Abang Din












Oleh: Roslan, Naib Pengerusi KRT F2
Tahap kerjasama dikalangan warga KRT F-2 sungguh tinggi.
Buktinya, hampir 40 warga KRT F-2 dari Jiran Usia Emas, Jiran Muda, Jiran Wanita berganding bahu dengan kesemua AJK KRT F-2 turun padang bergotong royong membantu melicinkan kerja kahwin anak Abang Din di Jalan 3 Bandar Utama pada 31 Mei 2009 yang lepas.
Bermula dari hari Khamis, 3 hari sebelum majlis berlansung, kerja kerja memasang khemah, mengambil air, menyediakan tempat memasak dan tempat mambasuh pinggan mangkuk diagih kepada beberapa kumpulan.
Agak melucukan apabila seramai 10 orang warga KRT turun padang semata mata untuk mengambil pinggan mangkuk, dapur, peralatan memasak yang disewa.
Sampaikan jiran penyewa perkakasan itu bertanya, "kenapa ramai ramai datang nih?"..
salah seorang dari kami menjawab, " Saja datang ramai ramai, salah seorang duda kat sini sibuk nak booking perkakas untuk kenduri dia pulak"... Senda yang ditujukan pada Hj Nadzri disambut gelak ketawa.
Pukul 12.00 tenggahari pada hari berlansungnya majlis tersebut, semua "penanggah" berbaju oren berkumpul untuk bergambar beramai ramai.. sungguh meriah! Abang Din tersenyum terharu kerana majlis berjalan dengan licin tanpa sebarang masalah.
Kesempatan orang ramai yang hadir diambil oleh Biro Ekonomi KRT F-2 dengan mempromosikan sabunF2 keluaran kami dan hasilnya RM70 berjaya dijual pada hari tersebut.