Rabu, 23 November 2011

KRT F2 TV- Persembahan Kompang Sri Remaja KRT F2 sempena Konvensyen COMBI peringkat negeri Selangor

Klip video inilah yang gagal dimainkan oleh Komputer penganjur semasa Konvensyen COMBI Peringkat Negeri Selangor 2011 seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri dimana COMBI KRT F2 diberi kepercayaan untuk menjadi wakil daerah Hulu Selangor dalam kategori lisan.

Amat malang, pada hari berkenaan, kami diundi menjadi peserta pertama ke pentas dan akibat permasalahan video ini gagal dimainkan semasa Power point presentation, banyak masa dibazirkan untuk perbaiki masalah tersebut yang akhir gagal jua.

Kami amat berkeyakinan sekiranya video ini berjaya ditayangkan, markah bonus menjadi habuan.

Terkilan juga didalam hati sekiranya kami tetap dengan rancangan asal membawa kumpulan kompang ini membuat persembahan secara "live" tetapi memikirkan peraturan tidak membenarkan lebih 2 peserta diatas pentas membenamkan hasrat kami.

Apa pun, Pasukan COMBI KRT F2 Yang diwakili oleh saya sendiri dan saudara Nadzrin mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kesungguhan pasukan kompang ini yang bertungkus lumus menyiapkan lirik dan mengubah lagu menjadi satu lagu yang cukup menghiburkan.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengambil kumpulan kompang ini untuk majlis majlis kenduri perkahwinan atau seumpamanya, boleh berhubung dengan Pengerusi KRT F2, En. Sabri di talian: 012-2162791

GAMBANG WATER PARK- SEDIKIT TIPS..

19hb Nov 2011 selepas mendapat 4 tiket percuma (aku dapat 8 hehehe) hasil tukaran keratan Harian Metro, selamat sampai ke pintu masuk pada 9.45 pagi (bertolak dari batang kali pukul 6.30 pagi) dengan tol bernilai rm16.90 dari Karak ke Gambang.

Memang aku rancang bukak bukak jek taman permainan tuh, aku antara orang pertama masuk, pertama, dapat parking kat dalam, kalau hujan panas pun relax jek, Kedua, tak yah beratur panjang beli tiket, Ketiga, tak yah beratur lagi panjang nak main, dapat 2/3 kali pusing main pun tak yah beratur panjang.

Masa beli tiket, kalau datang sekeluarga 4 orang, belilah "topup" rm100. Nak sewa, beli makanan kat dalam tuh tak pakai duit cash. tak pakai habis, boleh refund. jangan takut.

Aku sewa pelampung 2 yang boleh muat 2 orang satu pelampung. RM12 + RM8 deposit.
Sewa locker RM6 +RM9 deposit
Total RM55. Mulanya aku topup rm50 jek terpaksa lah aku topup lagi rm50 jadi rm100 masa nak sewa pelampung tuh.

locker tu tak la besar sangat, tapi muatlah masuk 2 bagpack, satu handbag.

Aku sekeluarga dah siang siang lagi pakai baju terjun air, so tak yah ambil masa salin baju kat bilik persalinan.. jimat masa!

Kitaorang terus jek ke tempat paling hujung taman.... kawasan slide... 5 jenis gelongsor dari atas bukit... penat gak menapak naik tangga sampai atas bukit tuh! pergghhh... tapi berbaloi la bila menjerit jerit bila turun gelongsor macam naik roller coaster... bebudak bawah 110cm tak leh main yek... budak besar jek.

ada satu jenis gelongsor untuk family (4 orang boleh naik) tak la trill sangat. ok la bagi yang lemah semangat ... tapi yang jenis berani tahap gaban boleh cuba race atas tikar terbang... terbang sampai rasa terputus nyawa beb!

Ambik masa beberapa kali main semaksima boleh, sebelum orang mula datang beratur panjang! sebab tu kena datang awal...

TAPI AWAS! aku tinggalkan pelampung kat bawah sebab nak cuba naik "6 lane race" yang tak perlu pakai pelampung yang kita sewa... bila habis main... ALAMAK! pelampung aku kena CURI! Pergghhhhh

Bila tanya tempat sewa tuh, kalau hilang habis le duit deposit kita... tension tul!

Aku cuba tunggu kat bawah (yang main gelungsur tu mesti lalu kat situ nyer)... setiap pelampung yang lalu, aku tengok nombor siri (ada diaorang tulis kat pergelangan tangan kita)... 5 minit kemudian... taaadaaaa
aku sergah mamat 2 ekor nih, terus dia bagi tapi banyak cakap! hahahaha

satu lagi pelampung, anak aku jumpa tersandar kat tempat lain... perghhh sib baik...

Kemudian kitaorang terus bergerak ke kolam pantai air berombak... ok laa...

ada 2 kolam untuk budak budak ribena... dan ada sungai buatan keliling kolam tuh... naik je pelampung jalan sendiri... ada kawasan yang berombak tinggi macam tengah laut.. ada terowong gelap best gak..
tapi bila keluar terowong tuh lalu kat pancuran air terjun yang kuat! jaga jaga kalau pakai spec cam aku, boleh tertanggal dengan kuatnya air tuh! gelabah gak aku cari spec aku... hahahaha

kalau lapar boleh la beli burger ayam/daging rm4.80 jek... atau nasi lemak telor rm4.80 jek... murah hehehehe tapi kita orang tahan sikit la lapar... kul 1 tengah hari kita orang keluar cari makan nasi kat luar...

nak bawak makanan sendiri? lupa kan aje... sesampai kat pintu masuk, beg korang kena selongkar... kalau ada makanan kena letak kat loker luar pas tu kena caj RM1

itu je serba sedikit tips. Ada soalan tanya la


Selasa, 15 Februari 2011

KRT F2 TV- Pertandingan Futsal KRT F2


Yang mengambil bahagian boleh dipecahkan kepada 10 pasukan. Tapi, memandangkan pemain pemain acara terbuka bukanlah selalu sangat main futsal, penyertaan dihadkan dengan hanya 8 pasukan yang mengambil bahagian.

Setiap pasukan mempunyai pemain simpanan. Tak la "pancit" pemain tu.

Pertandingan yang berlansung dimulai dari penyerahan borang serta taklimat perlawanan sehari sebelum pertandingan dan pada hari pertandingan, bermula dari pukul 9 dan tamat pada pukul 12 tengah malam.

Tidak terhad kepada kaum lelaki, kaum wanita yang diketui oleh ketua Jiran Wanita, Pn. Zaiton membawa ramai penyokong penyokong dari kaum ibu memberi semangat dan sorakan kepada para pemain yang juga anak anak mereka dalam kategori bawah 15 tahun.

Sungguh meriah dan dalam semangat kesukanan, sehinggakan ada pemain yang cedera kembali bermain 10 minit selepas diusung keluar gelanggang!

Selepas pertandingan tersebut, pihak AJK KRT F2 melihat komitment yang tinggi ditunjukkan oleh remaja bawah 15 tahun dimana mereka memang telah ada pasukan mereka serta jersi mereka sendiri! maka, mereka mereka ini akan diserapkan kedalam pasukan futsal bawah 15 tahun KRT F2 dan akan diberi bimbingan serta sokongan dibawah Jiran Muda.


Khamis, 3 Februari 2011

KRT F2 TV- Timb. S/U Berpindah


Tak sampai 20 minit, semua kerja memunggah barang ke dalam lori telah selesai. Sesampainya saya di sana, semua dah selesai! time makan... aku pun singsing lengan makan nasi lemak berlauk KFC.. hehehehe...
Timb Setiausaha, En. Nazlen cuma berpindah sementara rumahnya kini di"renovate" tambah dapur belakang dalam masa 2 bulan ini.

Khamis, 13 Januari 2011

KRT F2 TV- Pengadilan Persembahan Poster COMBI


Inilah video yang dirakamkan oleh salah seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Hulu Selangor semasa poster COMBI KRT F2 diadili.

Tak terbayang seram sejuknya aku hari tu.... lebih 7 kali aku pergi toilet terkucil.. hehehehe...

Apa pun semua dah tau kan.. keputusannya, COMBI KRT F2 johan dan akan mewakili Selangor di Peringkat Nasional nanti... TUNGGU....


Ahad, 9 Januari 2011

KRT F2 TV- Majlis Pengagihan Daging Korban 2010


Ehmm... maaf le lewat upload video majlis tersebut yang diadakan pada pagi Hari Raya Korban yang lalu.

Ramai yang telah menyingsing lengan turut membantu melapah dan memotong daging korban untuk diagihkan kepada penduduk serta penduduk fakir dan miskin disekitar kawasan Fasa 2 Bandar Utama Batang Kali.

Malamnya, daging yang lebih setelah diagihkan kepada tuan punya, fakir miskin serta sukarelawan, dimasak dan dijamu .

KRT F2 TV- Semangat Bola 1 Malaysia!


Perggghhh!!! meriah betul malam tersebut.

Malam perlawanan bolasepak piala AFF SUZUKI akhir pertama dan kedua di antara Malaysia dan Indonesia yang telah dipanaskan lagi dengan tersedianya layar besar diletakkan ditengah jalan Meranti 3A/19 Bandar Utama, Batang Kali.

Berbanding dengan malam pertama, malam kedua semasa pasukan kita bertandang ke Jakarta lebih meriah. 3x ganda.

Beratus penduduk memenuhi jalan tak kira kanak kanak, orang dewasa malah orang rumah pun tak ketinggalan meriahkan lagi malam tersebut.

Semasa waktu rehat perlawanan, kesempatan diambil oleh pihak KRT F2 selaku penganjur, memberi taklimat ringkas tentang pentingnya melakukan cari, cuci dan buang tempat pembiakan nyamuk aedes serta mempamirkan poster yang telah memenangi tempat pertama semasa konvensyen COMBI peringkat negeri Selangor baru baru ini.

Ditayangkan juga video gotong royong yang telah diadakan seminggu sebelum itu. Seronok juga melihat gelagat orang ramai bila wajah mereka keluar diskrin disambut senda gurau kawan kawan yang lain.

Yang paling best, bubur kacang disediakan sumbangan AJK KRT F2, Che Ani. Terima kasih banyak banyak.

Apa yang boleh dikatakan, sukan sebenarnya dapat merapatkan silaturahim antara penduduk serta mewujudkan perpaduan antara jiran tetangga.

Semangat 1 Malaysia terpancar diwajah penduduk dengan semangat yang ditunjukkan ketika perlawanan tersebut.

Tahniah Malaysia! TANAH TUMPAHNYA DARAHKU !!!!!

KRT F2 TV- Memasak Bubur Asyura


Satu gotong royong memasak bubur asyura telah diadakan di jalan Meranti 3A/19 Bandar Utama Batang Kali Hulu Selangor anjuran KRT Fasa 2.

Dua kawah disediakan untuk tujuan tersebut dan dibantu oleh Jiran Warga Emas, Jiran Muda serta Jiran Wanita.

Setelah selesai, bubur tersebut diagih agihkan kepada seluruh rumah di kawasan KRT F2. dan malamnya diadakan majlis ceramah agama.


KRT F2 TV- Gotong Royong Perdana 26 Dis 2010


KRT F2 telah berjaya menganjurkan gotong royong perdana buat kali kedua dalam tahun 2010.

Fokus utama gotong royong adalah untuk mencari, mencuci dan membuang tempat tempat pembiakan nyamuk aedes yang menjadi punca penyakit denggi.

Walaupun jumlah kes denggi telah menurun dari 27 kes tahun 2008, 4 kes 2009 dan tahun 2010 cuma 3 kes, kelansungan perlu diteruskan bagi menjamin tiada lagi kes kes sebegini dalam tahun 2011.

Kerjasama dari Pihak Jabatan Kesihatan Hulu Selangor telah banyak membantu menjayakan program ini disamping mendapat perhatian dari ADUN Batang Kali dan Ahli Parlimen Hulu Selangor.

Fokus gotong royong kali ini tertumpu kepada bahagian lorong belakang rumah, yang sebelum ini tidak sempat dilakukan pada gotong royong pertama dalam tahun 2010.

Jiran Wanita terus membuktikan komitmen yang tinggi dalam menyediakan makanan tengahhari kepada sukarelawan yang terlibat.

Semoga, Aktiviti Skuad Lelaki pasukan Combi KRT F2 ini dalam membenteras tempat pembiakan nyamuk di kawasan luar rumah dapat diteruskan oleh para penduduk dengan melakukan akitiviti cari, cuci, selama 10 minit sahaja setiap minggu.