Ahad, 9 Januari 2011

KRT F2 TV- Semangat Bola 1 Malaysia!


Perggghhh!!! meriah betul malam tersebut.

Malam perlawanan bolasepak piala AFF SUZUKI akhir pertama dan kedua di antara Malaysia dan Indonesia yang telah dipanaskan lagi dengan tersedianya layar besar diletakkan ditengah jalan Meranti 3A/19 Bandar Utama, Batang Kali.

Berbanding dengan malam pertama, malam kedua semasa pasukan kita bertandang ke Jakarta lebih meriah. 3x ganda.

Beratus penduduk memenuhi jalan tak kira kanak kanak, orang dewasa malah orang rumah pun tak ketinggalan meriahkan lagi malam tersebut.

Semasa waktu rehat perlawanan, kesempatan diambil oleh pihak KRT F2 selaku penganjur, memberi taklimat ringkas tentang pentingnya melakukan cari, cuci dan buang tempat pembiakan nyamuk aedes serta mempamirkan poster yang telah memenangi tempat pertama semasa konvensyen COMBI peringkat negeri Selangor baru baru ini.

Ditayangkan juga video gotong royong yang telah diadakan seminggu sebelum itu. Seronok juga melihat gelagat orang ramai bila wajah mereka keluar diskrin disambut senda gurau kawan kawan yang lain.

Yang paling best, bubur kacang disediakan sumbangan AJK KRT F2, Che Ani. Terima kasih banyak banyak.

Apa yang boleh dikatakan, sukan sebenarnya dapat merapatkan silaturahim antara penduduk serta mewujudkan perpaduan antara jiran tetangga.

Semangat 1 Malaysia terpancar diwajah penduduk dengan semangat yang ditunjukkan ketika perlawanan tersebut.

Tahniah Malaysia! TANAH TUMPAHNYA DARAHKU !!!!!

Tiada ulasan: