Ahad, 9 Januari 2011

KRT F2 TV- Gotong Royong Perdana 26 Dis 2010


KRT F2 telah berjaya menganjurkan gotong royong perdana buat kali kedua dalam tahun 2010.

Fokus utama gotong royong adalah untuk mencari, mencuci dan membuang tempat tempat pembiakan nyamuk aedes yang menjadi punca penyakit denggi.

Walaupun jumlah kes denggi telah menurun dari 27 kes tahun 2008, 4 kes 2009 dan tahun 2010 cuma 3 kes, kelansungan perlu diteruskan bagi menjamin tiada lagi kes kes sebegini dalam tahun 2011.

Kerjasama dari Pihak Jabatan Kesihatan Hulu Selangor telah banyak membantu menjayakan program ini disamping mendapat perhatian dari ADUN Batang Kali dan Ahli Parlimen Hulu Selangor.

Fokus gotong royong kali ini tertumpu kepada bahagian lorong belakang rumah, yang sebelum ini tidak sempat dilakukan pada gotong royong pertama dalam tahun 2010.

Jiran Wanita terus membuktikan komitmen yang tinggi dalam menyediakan makanan tengahhari kepada sukarelawan yang terlibat.

Semoga, Aktiviti Skuad Lelaki pasukan Combi KRT F2 ini dalam membenteras tempat pembiakan nyamuk di kawasan luar rumah dapat diteruskan oleh para penduduk dengan melakukan akitiviti cari, cuci, selama 10 minit sahaja setiap minggu.

Tiada ulasan: