Khamis, 30 April 2009

Selamat Berpisah Kak Salmah












Pada hari Sabtu, 25 Apr 09 yang lepas, KRT F2 telah kekurangan ahli bila Kak Salmah berpindah ke Ulu Bernam.
Kak Salmah seorang jiran yang periang, suka menolong dan disenangi oleh semua jiran tetangganya.
Beliau juga merupakan bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan.
Faktor usia dan telah membeli rumah setingkat di sana dikuatkan dengan saudara mara yang ramai disana telah mendorong Kak Salmah berpindah walaupun dengan berat hati.
Pada hari tersebut, saya berserta beberapa ahli KRT yang diketuai oleh Pengerusi KRT, Saudara Sabri telah mengerah tenaga mengangkat barang barang ke atas lori dan seterusnya menurun dan menyusun di rumah baru beliau.
Kak Salmah merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang anak dara.
Yang paling ketara kuat kerja memunggah, mengangkat dan menyusun adalah Saudara Nadzri, duda yang tinggal di lorong bersebelahan. Saudara Nadzri bertubuh sihat hasil senamannya berbasikal seharian tidak menunjukkan keletihan bahkan orang orang muda pun kalah dengannya.
Mungkin ada faktor lain yang menaikkan semangat beliau, tak tau lee..

Tiada ulasan: