Pada 21 Mac09 yang lepas bertempat di tengah persimpangan jalan Meranti 3A/19, telah diadakan sambutan Majlis Maulidur Rasul peringkat KRT Fasa 2.
Majlis yang dimulai dengan perarakan menggelilingi Fasa 2 bermula di Jalan 3 dan berakhir di jalan 3A/19.
Sebelum majlis tersebut, Jawatankuasa Jiran Muda telah bekerjasama dengan Jiran Warga Emas dan Jiran Wanita berserta AJK KRT bertungkus lumus menyiapkan kain kain rentang bagi setiap Jalan di Fasa 2.
Pada hari siang menjelang majlis, Jiran Wanita bergotong royong menyediakan juadah untuk tetamu yang hadir.
Sambutan yang luar biasa diterima dengan penyertaan lebih 200 penduduk berarak sambil berselawat.
Selesai berarak, hadirin bersiap pula mengambil wuduk untuk solat berjamaah di dalam khemah diatas jalanraya yang dilapisi tikar... ruang yang tidak mencukupi tidak menjadi halangan para tetamu tanpa memperdulikan keadaan jalan yang kasar serta terpaksa berhimpit hingga kepala jamaah berlaga dengan kaki saf hadapan.
Meriah! itu ayat yang paling tepat dikatakan untuk majlis ini... selepas selesai menunaikan solat Isyak, penceramah yang sering keudara di Radio Nasional mengambil tempat dalam slot ceramahnya... beliau yang dibantu dengan alat pandang dengar yang canggih berjaya menarik perhatian para tetamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan