Kebimbangan tentang penyakit demam denggi yang semakin meningkat terutama di kawasan KRT F2, telah menyatukan seluruh warga dalam kawasan ini berganding bahu bergotong royong membersihkan semak samun, longkang tersumbat, tempat tempat pembiakan nyamuk aedes.
Warga KRT F2 yang sememangnya ambil berat tentang kebersihan dan kesihatan penduduk telah beramai ramai menganggotai team COMBI.. yang diberi peranan oleh Jabatan Kesihatan untuk membenteras nyamuk aedes yang membawa demam denggi.
Pasukan baju merah(COMBI) dan penduduk yang lain, sanggup menyingsing seluar, mengotorkan baju, terpalit air kotor longkang, sehingga ada pula yang sanggup meniarap di dalam longkang dengan satu tujuan, memecahkan halangan yang menghalang pengaliran alir yang bakal menjadi pembiakan nyamuk.
Semangat warga KRT F2 terserlah dengan bilangan yang mengambil bahagian amat memberangsangkan. Kerjasama dari Majlis Daerah Hulu Selangor yang telah menghantar lori untuk mengangkut sampah juga melicinkan aktiviti tersebut.
Sumbangan kilat diantara penduduk ditukarkan oleh Jiran Wanita dengan menyediakan juadah yang menyelerakan untuk para peserta makan tengahhari... Jiran Muda juga tidak ketinggalan berganding bahu menolong dalam usaha murni ini, bahkan sempat membuat kain rentang gotong royong yang menaikkan semangat para peserta.