Ahad, 12 Februari 2012

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat KRT F2 2012















Gambar menceritakan seribu perkataan...

Begitulah hebatnya sambutan yang diberikan oleh penduduk Fasa 2 yang terus menerus memberi sokongan pada setiap program yang dijalan oleh pihak KRT F2.

Yang terbaru, majlis sambutan Maulidur Rasul 1433 Peringkat KRT F2 telah dijalankan dengan jayanya bermula pukul 8.00 pagi diJalan Meranti 3.

Perarakan berakhir di Jalan Meranti 3A/18 dan diikuti dengan majlis ilmu oleh Ustaz Azman bin Jusan, Imam 1 Masjid Bandar Utama Batang Kali.

Terima kasih kepada AJK KRT F2, Azie dan Abdul Rahim yang telah uploadkan gambar gambar yang menarik ini kedalam akaun facebook masing masing..

Kita nantikan cerita menarik dari mereka.

Tahniah diucapkan kepada AJK dan penduduk Fasa 2 yang mengambil bahagian.

2 ulasan:

dolrazlan.blogspot.com berkata...

Asmlkom..Salam Mailidurrasul dan salam perpaduan..Alangkah seronoknya melihat para sahabat dan anak mukim meraikan hari yang besar , berselawat kpd junjungan Nabi Muhamad swm.
Gambar gambar yg menarik menghiasi kenangan dan ingatan.

Kami tumpang berselawat juga pada mesyuarat kali 1 AJK Tertinggi pada 8.2.2012 baru baru ini.
Sebanyak 41 program telah dirancang tk 2012 termasuk 1 program bersama dgn KRT Tuan kePulau Ketam dalam misi kemanusiaan.
Samoga kita dapat bersama dihari tersebut apabila kertas kerja diluluskan JPNIN.
Tahniah pada Azie dn Abdul Rahman atas suntingan gambar g menarik dn jelas..Lan u r doing a good job for KRT Batang Kali..
All the best and keep it up...
sampai ketemu...salam

ROSLAN berkata...

Salam rakan yang sentiasa dekat dihati... sehebat mana kami tidaklah sehebat KRT tuan yang awal awal telah merancang program untuk sepanjang tahun ini!.. tahniah..
Kami terasa teruja jika program misi kemanusiaan ke pulau ketam menjadi realiti... Semalam, kami bermesyuarat ringkas derma kilat kepada 2 warga KRT F2 yang sakit kanser dan lawatan singkat ke keluarga berkenaan. Alhamdulillah,dalam masa yang singkat, keperihatinan penduduk Fasa 2 telah berjaya mengumpul ribuan ringgit untuk disumbangkan kepada keluarga terlibat. Dan, diakhir mesyuarat, ada yang mengesyorkan lawatan lagi... hehehe.. so, pulau ketam... here we come... jaga jaga... ehehhee