Selasa, 5 Jun 2012

Sambutan Rombongan KRT F2 ke Teluk Batik di luar jangkaan

Antara peserta rombongan

KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK GAMBAR GAMBAR LAIN
(Terima Kasih kepada Azie dan Rahim)
https://picasaweb.google.com/116862719552919258140/RombonganKrtF2KeTelukBatik3Jun2012#slideshow/5750198854569123794

3 Jun 2012- Setelah mengharung 4 jam perjalanan dari Batang Kali, akhirnya sampai jua rombongan KRT F2 yang disertai oleh sebuah bas dan 3 biji kereta dengan jumlah penyertaan seramai 61 orang kesemuanya.

Jumlah penyertaan pada rombongan ini ternyata melenyapkan kerisauan pihak pengurusan yang mana 5 hari sebelumnya tidak sampai separuh bas yang nak pergi!

Usaha gigih Biro Wanita yang diketuai oleh Puan Zaitun Ngah ternyata berbaloi dengan wajah kegembiraan dan kesenorokan yang terpancar dari muka setiap peserta sejak mula mencecahkan kaki di gigi air pantai teluk batik.

Dengan tabung KRT yang tinggal saki baki sementara menunggu peruntukan tahun ini dimasukkan,  Peserta rombongan yang hanya mendapat pengalas perut dipertengahan perjalanan tidak mempertikaikan langsung sumbangan kecil itu walaupun kos perjalanan ditanggung oleh peserta itu sendiri.

Sikap murni peserta yang menyumbang makanan dan minuman tambahan membuatkan keseronokan bersantai di pantai dapat dirasai semaksimum yang boleh tanpa memikirkan makanan yang telah tersedia sehingga balik!

Walaupun agak lewat tiba (matahari telah tengah diatas kepala), namun kesediaan abang kepada Ketua Biro Wanita KRT F2 merentang tali penanda kawasan ditempat yang begitu strategik sehari sebelum itu melegakan kami. Dengan kehadiran begitu ramai pelawat pada waktu cuti sekolah ini tidak memungkinkan kami mendapat tempat sebaik itu jika datang lewat!

Aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan, namun peserta puas hati dengan acara bebas, dengan bermain bola tampar pantai, menaiki banana boat serta menaiki bot laju mengelilingi pantai tersebut.

Bagi yang tidak mahu membasahkan badan, duduk di kerusi santai yang disewa atau ditikar dibawah pokok teduh sungguh mendamaikan dan dapat menghilangkan tekanan dirumah atau ditempat kerja.

Alhamdulillah, kebimbangan dengan serangan obor obor tidak berlaku dan kami lebih yakin dengan adanya pengawal pantai yang cantik manis (pergghhh) sentiasa memerhatikan keselamatan pengunjung...

Mungkin sedikit keseronokan diragut tatkala terpaksa beratur panjang untuk masuk mandi dan tukar pakaian walaupun bangunannya terletak dibelakang kami dan bersebelahan dengan surau... tapi kami pasrah dengan kehadiran pengunjung yang luar biasa ramai.

Destinasi seterusnya tentulah mencari ikan bilis pangkor!

Masing masing tak menang tangan menjinjing beg plastik penuh dengan buah tangan untuk dibawa pulang...

Tepat pada masanya, kami berangkat pulang dengan seribu kenangan manis, walaupun terpaksa mengharung kesesakan yang luarbiasa sebelum jambatan sungai perak sampai ke simpang tiga.

Peduli apa dengan kesesakan, bukannya bawak kereta sendiri, kaki tak lenguh, penat boleh tidur dan boleh layan 5 vcd filem terbaru sepanjang perjalanan! Penat bermain air pantai belum hilang, tapi dalam bas dah mula berbincang hendak ke Terengganu sekali lagi!

KRT Bukit Depu.... bersedialah!

Khamis, 1 Mac 2012

Majlis Makan Malam AJK KRT F2



Puan Zaitun, Ketua Wanita

Kerosakan video cam saya tidak membantutkan berita berita bergambar aktiviti KRT F2 disiarkan disini.

Contoh terbaru, gambar gambar ini diambil dari akaun facebook salah seorang AJK KRT F2, Puan Azie Ismail yang turut berada disitu pada malam tersebut.

Majlis makan malam KRT F2 yang diadakan pada 13 Jan 2012 tersebut bertujuan untuk meraikan AJK AJK KRT F2 yang lama dan baru dilantik semasa pemilihan baru yang berlansung 2 minggu sebelumnya.

Diadakan di Restoran Cholo Cholo, Batang Kali, sebuah resort bersebelahan dengan kolam air panas ulu tamu, batang kali dengan keindahan alam dan landskap mengamit perasaan malam yang ditempah sepenuhnya untuk majlis tersebut.

Majlis diserikan dengan ucapan oleh setiap AJK yang hadir, walaupun ada yang segan segan nak bercakap dengan orang ramai, tapi dengan semangat yang ada mereka memberanikan diri.

Terima kasih juga kepada Mohd Asri, Bendahari yang sudi "sponsor" kambing bakar... best giler!!

Majlis diriuhkan dengan para hadirin di"paksa" untuk men"sumbang"kan suara berkaraoke... sporting semua AJK. Nasib baik tiada yang terpengsan mendengar alunan "lunak" lagu widuri dari saya. hehehehe.

Terima kasih atas gambar gambar yang menarik dari Puan Azie, kalau ada lagi gambar gambar dari AJK yang lain, bolehlah kita berkongsi bersama.


Selasa, 28 Februari 2012

Gotong Royong COMBI KRT F2 Feb 2012






Para peserta mendaftar diri serta berpeluang untuk mendapat lucky draw!

Ahad, 26 Feb 2012, sekali lagi COMBI KRT F2 Batang Kali telah berjaya mengadakan gotong royong cegah denggi pertama kali untuk tahun ini.

Semangat yang ditunjukkan oleh Pasukan Skuad Lelaki COMBI KRT F2 demi menjaga kesihatan penduduk setempat seharusnya diberi pujian.

Skuad Lelaki COMBI, diwakili oleh semua kaum lelaki yang gagah perkasa, melakukan kerja kerja pembersihan serta pencegahan tempat tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan luar rumah disekeliling kawasan KRT F2 Bandar Baru, Batang Kali.

Sementara para suami bertungkus lumus meredah longkang, semak, Skuad Wanita pula melibatkan diri mereka dalam menyediakan juadah yang enak buat peserta terlibat.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat, kawasan F2 kini bebas aedes serta persekitaran yang indah!

Terima kasih kepada AJK KRT F2, Abdul Rahim atas gambar gambar yang menarik ini untuk dikongsi bersama.

COMBI KRT F2 BOLEH!!!!

Ahad, 12 Februari 2012

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat KRT F2 2012















Gambar menceritakan seribu perkataan...

Begitulah hebatnya sambutan yang diberikan oleh penduduk Fasa 2 yang terus menerus memberi sokongan pada setiap program yang dijalan oleh pihak KRT F2.

Yang terbaru, majlis sambutan Maulidur Rasul 1433 Peringkat KRT F2 telah dijalankan dengan jayanya bermula pukul 8.00 pagi diJalan Meranti 3.

Perarakan berakhir di Jalan Meranti 3A/18 dan diikuti dengan majlis ilmu oleh Ustaz Azman bin Jusan, Imam 1 Masjid Bandar Utama Batang Kali.

Terima kasih kepada AJK KRT F2, Azie dan Abdul Rahim yang telah uploadkan gambar gambar yang menarik ini kedalam akaun facebook masing masing..

Kita nantikan cerita menarik dari mereka.

Tahniah diucapkan kepada AJK dan penduduk Fasa 2 yang mengambil bahagian.