30hb Ogos 2008
Ustaz Ibrahim dari JAWI ditegur oleh seorang Jamaah pada malam tadi.
Jamaah berkenaan tidak berpuas hati dengan masa ceramah yang disampaikan terlalu pendek dan ringkas. Menyentap penghayatan terhadap ceramah Fadhilat Bulan Ramadhan yang begitu mengasyikkan.
Bukan salah ustaz tersebut. Pihak KRT-F2 terpaksa memendekkan waktu tazkirah tersebut antara 10 hingga 15 minit selepas solat isyak. Ini kerana program majlis yang terlalu padat dimulai dengan solat Maghrib berjamaah, diikuti oleh bacaan yassin dan tahlil arwah dari beratus ratus nama yang diberikan oleh ahli sebelum solat Isyak berjamaah.
"Ramai orang hadir mungkin inisiatif kita petang tadi" ujar Pengerusi KRT-F2, En. Sabri. Insiatif yang dimaksudkan ialah, Penulis berserta Pengerusi dan seorang AJK KRT-F2, En. Fuaad telah menghebahkan majlis yang akan berlansung keliling kawasan perumahan fasa 2 melalui pembesar suara yang dipasangkan pada kereta setengah jam sebelum majlis bermula.
Lebih dari 200 orang hadir dari 200 keluarga Fasa 2, turut disertai oleh kariah Surau Fasa 1 dan Kariah Surau Taman Seri Batang Kali.
Juga turut hadir, Pegawai dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Hulu Selangor. Di"sedap"kan lagi dengan disajikan oleh berpuluh puluh jenis kuih muih yang disediakan oleh isteri isteri ahli.
Sumbangan dari YBhg Dato' Johari Jalil dari Syarikat Usana Helath Sciences juga telah melancarkan perjalanan majlis tersebut.
"Akan banyak lagi aktiviti akan berlangsung selepas Ramadhan." janji Setiausaha KRT-F2, En Kamarul selaku Pengerusi Majlis .
Pihak KRT-F2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut dan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan