Ahad, 11 Januari 2009

Program Cegah Denggi bersama Kementerian Kesihatan












Pada pagi Sabtu,11 jan09 bertempat di padang Fasa 2 Bandar Utama Batang Kali, Selangor berlansung satu sessi taklimat pencegahan wabak Denggi yang disampaikan oleh 3 wakil dari kementerian Kesihatan Kuala Kubu Bharu.
Pegawai tersebut, En. Ahmad Zahari bin Zakaria, En. Zuraimi bin Mazlan bersama dengan "bapa Angkat kawasan F2 Bandar Utama, Batang Kali" En. Mohd Azlan Ali menyampaikan penerangan dihadapan kira kira 50 orang penduduk di sini.
Dimajlis tersebut juga diterangkan tentang cara pencegahan yang boleh dibuat oleh warga penduduk dengan melantik seorang sukarelawan bagi setiap jalan menjadi pegawai pemantau disetiap jalan yang ditetapkan, memasuki setiap rumah, memeriksa dan memantau keadaan pembiakan nyamuk aedes di kawasan dalam rumah.
Juga dimaklumkan bahawa pada tahun 2008 sahaja terdapat 16kes demam denggi di Bandar Utama dimana 1 kes adalah demam denggi berdarah. dimana 9 darinya adalah lelaki dan 7 perempuan.
Tugas pegawai pemantau adalah dengan memastikan setiap rumah di kawasannya memeriksa takungan air di dalam rumah masing masing setiap 5 hari sekali, dengan itu dapat mencegah jentit jentit menjadi nyamuk dewasa yang mempunyai kitar hidup selama seminggu.
Sessi soal jawab mendapat sambutan hangat daripada hadirin.
Hadirin telah banyak maklumat antaranya:
  • Cikungunya berjangkit daripada nyamuk yang sebelum itu telah menghisap darah mangsa Cikungunya sebelumnya.
  • Dipercayai penyakit tersebut disebarkan oleh penduduk luar dari Malaysia dan disyaki dari Benua Afrika.
  • Perbezaan antara Cikungunya dan denggi adalah kesan Cikungunya lebih tertumpu kepada sengal sengal di sendi sendi kecil.
  • Telur nyamuk masih boleh bertahan tanpa air selama 3 bulan.
  • Ubat Abet tidak mendatangkan kesan kepada badan manusia jika terkena kecuali ada alahan dan tidak digalakkan meminum air dari takungan.
  • Ubat Abet bertahan selama 3 bulan

Majlis yang turut dihadiri oleh pemberita SINAR HARIAN, En.Amrullah mewakili berita dari Hulu Selangor.

Setiausaha KRT turut mengambil kesempatan dengan menerangkan produk produk barangan dari KRT Fasa 2 yang akan berada dipasaran berjenama "F2".

Antara Produk produk yang bakal dikeluarkan adalah Sabun, Minyak masak, Ubat Gigi dan beberapa produk lain.

Majlis diakhiri dengan latihan praktikal kepada hadirin yang diketuai oleh pegawai Kementerian Kesihatan di salah sebuah rumah di Jalan 3A/15

RR.