Ahad, 31 Ogos 2008

Ustaz JAWI Kena Tegur!

30hb Ogos 2008

Ustaz Ibrahim dari JAWI ditegur oleh seorang Jamaah pada malam tadi.

Jamaah berkenaan tidak berpuas hati dengan masa ceramah yang disampaikan terlalu pendek dan ringkas. Menyentap penghayatan terhadap ceramah Fadhilat Bulan Ramadhan yang begitu mengasyikkan.

Bukan salah ustaz tersebut. Pihak KRT-F2 terpaksa memendekkan waktu tazkirah tersebut antara 10 hingga 15 minit selepas solat isyak. Ini kerana program majlis yang terlalu padat dimulai dengan solat Maghrib berjamaah, diikuti oleh bacaan yassin dan tahlil arwah dari beratus ratus nama yang diberikan oleh ahli sebelum solat Isyak berjamaah.

"Ramai orang hadir mungkin inisiatif kita petang tadi" ujar Pengerusi KRT-F2, En. Sabri. Insiatif yang dimaksudkan ialah, Penulis berserta Pengerusi dan seorang AJK KRT-F2, En. Fuaad telah menghebahkan majlis yang akan berlansung keliling kawasan perumahan fasa 2 melalui pembesar suara yang dipasangkan pada kereta setengah jam sebelum majlis bermula.

Lebih dari 200 orang hadir dari 200 keluarga Fasa 2, turut disertai oleh kariah Surau Fasa 1 dan Kariah Surau Taman Seri Batang Kali.

Juga turut hadir, Pegawai dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Hulu Selangor. Di"sedap"kan lagi dengan disajikan oleh berpuluh puluh jenis kuih muih yang disediakan oleh isteri isteri ahli.

Sumbangan dari YBhg Dato' Johari Jalil dari Syarikat Usana Helath Sciences juga telah melancarkan perjalanan majlis tersebut.

"Akan banyak lagi aktiviti akan berlangsung selepas Ramadhan." janji Setiausaha KRT-F2, En Kamarul selaku Pengerusi Majlis .

Pihak KRT-F2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut dan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Isnin, 11 Ogos 2008

5 JADI MANGSA KECURIAN METER AIR

Kejadian disedari jam 6 pagi tadi ketika bersiap untuk ke tempat kerja.

Mangsa terdiri dari sebaris rumah di Jalan Meranti 3A/18 bermula dari persimpangan jalan ke kebun .

Penulis serta Kamarul (S/U) telah membuat laporan kejadian tersebut di Balai Polis Batang Kali, jam 9.45 pagi dan kemudiannya telah menyusul menemui Penolong Pengurus Besar SYABAS, Wilayah Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu.

Beliau yang ditemui berjanji akan memasang kembali semua kepala meter air yang terlibat hari ini juga. RM78 dikenakan untuk setiap keluarga bagi tujuan tersebut dan akan dicajkan ke dalam bil bulanan.

Dimaklumkan, kejadian kecurian meter air juga dialami oleh sekurang kurangnya 4 buah penghuni di Taman Seri Batang Kali, dalam kejadian yang sama, semalam.

Sabtu, 9 Ogos 2008

Ceramah Perdana Menjelang Ramadhan dan Solat Berjamaah dikawasan terbuka

Satu Ceramah Perdana akan diadakan pada hari Jumaat, 29hb Ogos 2008 bertempat di Dataran KRT-F2 jalan 3A/18.

Aktiviti akan dimulakan dengan Maghrib berjamaah beramai ramai di kawasan terbuka didataran tersebut.

Orang ramai yang bakal hadir dinasihatkan membawa sajadah dan siap mengambil air sembahyang dari rumah serta membawa sedikit juadah.

Penceramah akan diumumkan kemudian.

Bersempena dengan bulan Ramadhan tahun ini, pihak KRT-F2 sedang memohon untuk mengadakan solat tarawikh serta more pada setiap hari Sabtu malam yang akan diadakan di dewan orang ramai fasa 1 & 2, satu kemudahan untuk kaum ibu/bapa serta kanak kanak untuk bersama sama menunaikan solat sunat tarawikh serta merapatkan silaturrahim antara penduduk fasa 2.

RR.

Jumaat, 8 Ogos 2008

SELAMAT DATANG KE BLOG KRT-F2


Peta Kawasan Rondaan Fasa 2:

KRT-F2 adalah singkatan kepada Kawasan Rukun Tetangga Fasa 2, Bandar Utama Batang Kali, Selangor Darul Ehsan.

Baru sahaja selesai mengadakan mesyuarat penubuhan pada 19hb Julai 2008 dan kini sedang menunggu pendaftaran diluluskan.

Berita lain akan menyusul,

roslan.